Monday, March 28, 2005
17 Safar 1426H

Today check out my blog and found out two people arguing d updating of my blog. Sorang my pembela (thanks eye) and d other one, just like usual, 'pangkah' me...heheh (sapa lagi if bukan Sab kan....)
So, d time shows 6:39 PM. I'm still in d office.. planned to finish my workloads but then terpanggil to blog.. menjawab cabaran Sab sementara still have d access to internet. Nanti kat kg... i dont think will update this blog as frequent as this...:)

So today, my baby is 38 weeks and 3 Days. Still no sign yg die nak kuar... huhuhuh... impatient enuff rite now..

So today, supposenya takyah gi meeting but my boss msg ckp die migrain so kene la attend that meetingkan. Actually really appreciate my boss coz she's very concern on me so advised me not to come to d meeting earlier. But, what to do, she's not feeling well. Anyway, still lagi larat to attend that meeting eventhough naik train from KJ to Kerinchi...and then walked to Wisma.. But, huhuhu... pity me... from morning till 12++ still x makan lagi. My perut was soooo lapar... balik tu trus ajak my hubby to have a lunch...fuuhhh alhamdulillah...legaaaaaaaaaaa :)

Okla...xmo tulis pepanjang... at least ade than xde kan.... take care sume....



 
posted by adiksu at 6:45 PM | 11 comments
Tuesday, March 22, 2005

11 Safar 1426H

Assalamualaikum!! Today my baby in my womb is already 36 weeks 4 days... huhuhuh...bile nak kuar ni..?? Penantian satu penyiksaann.....lalalalalala.. hehe walaupun suspen dengan kesakitan and pelbagai rasa perit waktu bersalin yang akan dihadapi... namun ketidaksabaran menanti baby ni kuar mengatasi rasa takut tu... "Baby, jangan la duduk dalam perut mama ni lama-lama. Mehla kuar....."..:)

To all friends, kakak-kakak, abang-abang and adik-adik and sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap yang telah dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak ek. Halalkan sumenye... mana-mana hutang yang tak terbayar lagi... ingat-ingatkan la ek.. or else tuntut with my hubby...;)

Cant be patient enuff to have this baby come out from my womb.....:P

Hmm... agaknye memang macam ni la kan if kite nak dapat 1st baby... :) Hopefully everything will gonna be alrite...Aamiinnnnnn

 
posted by adiksu at 1:48 PM | 4 comments
Tuesday, March 15, 2005
4 Safar 1426H

Assalamualaikum...

Ari ni gi checkup kat Pantai Medical Centre for d 4th times. Actually expecting dr tahan @diksu and cakap baby nak kuar dah...hehe betapa x sabanye nak tunggu baby ni kuar...:) But tengok dr cool jek plus me myself xde plak feel any pain ke ape...so confirmla x masuk ward...

Today dr scan ukur tulang peha and kepala baby. Expected our baby will be around 2.7-2.8kg masa delivery nanti...so small kan.. x kisahla...yang penting sihat...:)

At about 3.00PM, ade budak penghantar bunga datang ofis... not expecting it was for me coz selalunya Oja, ofismet yang duk selalu dapat delivery bunga ni.. almaklum..org dah kawin ni, x expect la dpt flowers kat ofis..paling2 pun kat umah... But then, confirm that boy datang cari @diksu, siap bagi kertas kene sign gik... Waaaaaaa terkezutnyee!!!! Baca card, it was from my beloved hubby... terharu2... rasa nak nangis!!!!!! :)

To my beloved hubby, tq so much for d suprise!! Rasa nak melompat-lompat jek kat ofis ni heheheh.... X saba nak tunggu 5.30... cepatla masa berlalu...:)


Image hosted by Photobucket.com
 
posted by adiksu at 4:40 PM | 0 comments
Monday, March 14, 2005
3 Safar 1426H

A special dedication to Nina & Duki...

Happy 2nd Anniversary!!!!!! Moga dirahmati dan diberkati Allah selalu.
 
posted by adiksu at 5:24 PM | 0 comments
3 Safar 1426H

Assalamualaikum. Today baby @diksu dah 9 months 3 Days. Huhuhuh.. tak lama lagi kuar lah anugerah Allah ni ek. Hmm baby girl ke boy agaknya ek.. jengjengjeng... suspennye. Anyway, x kisah la girl ke boy, yang penting anugerah Ilahi ni sihat, sempurna dan dapat dilahirkan dengan selamat..kan

Last saturday, ibu @diksu bawak pi jumpa sorang Mak Aji ni, hajatnya nak mintak die tengokkan kedudukan baby. So Mak Aji ni pun urut2la perut, sekali baby ni pi tendang. Terkezut Mak Aji tu..sampai buntang2 mata2 die. Pehtu ibu @diksu gelak2 n cakap "Die tendang?? Xpe, die kuar nanti, kite cemat die"..huhuhu...baby ku belum lahir lagi dah ade orang nak cemat die...(Tau ke cemat ape?)

Then, on Sunday, berjaya juga lepaskan rindu nak jumpa baby Alysa (cahaya mata Ayni n Hafez)... waaa sungguhla comel. Ilang terus tumpuan nak tgk pengantin...hehe sowwy Gna...

Ni ade gambo yg diambil ngn Alysa.... comelkan Alysa....heheh x saba plak nak tgk baby sendiri....:)

Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com
 
posted by adiksu at 12:47 PM | 2 comments
Thursday, March 10, 2005
29 Muharam 1426H

To all my dearest kroni; Ayni, Maya, Nina and Eye
Alhamdulillah, all of us dah settle down skrg ni. Sekarang ni tinggal meneruskan kehidupan berkeluarga...:)

To Ayni and Maya,
Kelahiran Alysa dan Zakwan sudah semestinya menambahkan seri hidup berfamily. Tempuhi cabaran mendidik dan membesarkan diorang dgn tabah ek...

To Nina and Eye,
Congrats on ur pregnancy. 1st trimester ni, jaga elok-elok tau....

As for myself...tgh counting d days jek ni...cuaknyeeeeeeee Tengah cuba mensettlekan sume keje2 kat ofis ni before bercuti panjang. Rasa mcm kesian plak nak bebankan org lain to settle keje2 org yg sememangnye critical. Hari2 pun kene monitor. Walaupun x dpt nak completekan sume, hopefully tak membebankan sgt kat staffs yg dah pening melayan kerenah pelanggan...:)

-------------------------------------------------------------------------------
Actually xde idea nak letak apa kat blog ni coz duk focus nak siapkan keje2 ofis. Tapi nanti if tak letak ade org kutuk..(hehe this msg is dedicated to Sab). So at least, I'm giving the latest story of KRONI kat Abg Sab kite..:)

Take care sume org
 
posted by adiksu at 8:28 AM | 0 comments
Friday, March 04, 2005
23 Muharam 1426H

Assalamualaikum. Today tak ada idea nak post apa kat blog ni. Tetibe teringat plak assignment yang diberikan oleh suami @diksu. Assignment apa?? Mencari nama untuk baby yang bakal lahir tak lama lagi ni. Have to find 2 sets of name. One for boy and one for girl coz tatau lagi jantinanya...saja nak suprise kan....:) Since morning tak terbuat gik assignment tu...sementara tunggu @bang main bola ni, @diksu grab d chance semak2lah skit...So anyone nak bagi cadangan??

 
posted by adiksu at 7:07 PM | 3 comments
Thursday, March 03, 2005
22 Muharam 1426H

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum.2day, this nasyid ni terngiang-ngiang di telinga setelah dengar on d way to d office this morning. Ni @adiksu quote part of the lyrics yg rasa cam touching skit dihati ni....

"Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu dibumi

Tuhan, walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku"

Hmm mengenang dosa-dosa yang dibuat..rasa sebak plak dada. Mampu ke nak masuk syurga ni? Waalahu'alam bissawab. Allah sahaja yang tahu.

***

Kehidupan penuh onak, ranjau dan duri. kadang-kadang kita gembira, ada masanya pula kita berduka. Namun, ujian Allah tak semestinya buat kita bersedih sahaja. Ada juga ujian datang yang buat kita gembira. Cuma persoalannya, sama ada kita kembali mengadu pada Allah atau tidak. Atau, kegembiraan yang dikecapi melenyapkan terus ingatan dan syukur pada Allah??? Na'uzubillah... minta-minta dijauhkan. Moga tiap detik dan saat yang berlalu, Allah sentiasa dihati kite. Besar atau kecil ujian dan cobaan yang datang, tempuhi dengan hati yang redha. Atasi dengan keimanan dan kewarasan akal fikiran. Berdoa dan bertawakal pada yang Hak. Mungkin ujian dan cubaan yang datang adalah satu anugerah yang tidak terhingga yang mungkin tak mampu difikirkan sekarang tapi one day in d future, kite akan menghargainya dan berterima kasih pada Allah kerana menganugerahkan kita ujian dan cubaan itu.....:)
 
posted by adiksu at 1:25 PM | 0 comments
Wednesday, March 02, 2005
21 Muharam 1426H

Assalamualaikum. Semalam siri akhir cite Begitulah Cinta. Alamak, frustnye ending die. Dahla tak dpt capai target to tgk tajuk and title of the cute song. "Dimana cinta, dimana cinta yang kucari.." Anyone ada MP3nye...bagitau. Anyway, really enjoying that drama coz enjoying the way si Nila tu speaking Indon laju-laju. I'm going to miss that drama... huhuhuhu

Ok, for those yang dah lama x jumpa @diksu, lets take a look at the pics below to lepaskan rindu you all to me..;)
Both pictures were taken during my 8 months pregnancy. Tengokla perut @diksu, dah besar dah...:)

1. This picture was taken during our holiday to Mersing



2. Yang ni plak at my mom's house. Pics was taken by my niece (baru 9 tahun...kire oklakan...)



My hubby dah botak..:) See d different before and after he get botak?
 
posted by adiksu at 8:22 AM | 5 comments
20 Muharram 1426H

Dengan kalam Allah, Bismillahirrahmaanirrahimm....blog @diksu ni dimulakan. Tak reti sangat actually but terpanggil untuk mencuba setelah few days menjengah ke ruangan
adik Leli and the geng.


Dizaman teknologi yang serba canggih ni, macam-macam cara ukhuwah diteruskan. Hope this will help to remain ukhuwah @diksu dengan adik2 and rakan2 diluar sana.


As for today, kandungan @diksu telahpun berusia 8 bulan, 2 minggu and 3 hari. Rasa cepat betul masa berlalu. Tup-tup, "I am already 8 months??". Another one month plus to go... Macam2 rasa dihati. Excited obviously la ade. Takut pun ada coz bersalin tu kan satu pertarungan maut... :)
Still dunno jantina of my baby. Saja nak suprisekan semua orang termasuk diri sendiri and my beloved hubby.

Just wanna share a story forwarded by a friend of @diksu. Hope boleh dijadikan panduan dan teladan kite semua
***
Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemud ian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam di rinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar kekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit banyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak mesti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak ada upaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM 25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
***

 
posted by adiksu at 8:00 AM | 0 comments