22 Muharam 1426H
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum.2day, this nasyid ni terngiang-ngiang di telinga setelah dengar on d way to d office this morning. Ni @adiksu quote part of the lyrics yg rasa cam touching skit dihati ni....
"Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu dibumi
Tuhan, walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku"
Hmm mengenang dosa-dosa yang dibuat..rasa sebak plak dada. Mampu ke nak masuk syurga ni? Waalahu'alam bissawab. Allah sahaja yang tahu.
***
Kehidupan penuh onak, ranjau dan duri. kadang-kadang kita gembira, ada masanya pula kita berduka. Namun, ujian Allah tak semestinya buat kita bersedih sahaja. Ada juga ujian datang yang buat kita gembira. Cuma persoalannya, sama ada kita kembali mengadu pada Allah atau tidak. Atau, kegembiraan yang dikecapi melenyapkan terus ingatan dan syukur pada Allah??? Na'uzubillah... minta-minta dijauhkan. Moga tiap detik dan saat yang berlalu, Allah sentiasa dihati kite. Besar atau kecil ujian dan cobaan yang datang, tempuhi dengan hati yang redha. Atasi dengan keimanan dan kewarasan akal fikiran. Berdoa dan bertawakal pada yang Hak. Mungkin ujian dan cubaan yang datang adalah satu anugerah yang tidak terhingga yang mungkin tak mampu difikirkan sekarang tapi one day in d future, kite akan menghargainya dan berterima kasih pada Allah kerana menganugerahkan kita ujian dan cubaan itu.....:)